Monday 30 April 2012

Di mana kasih

Setelah 23 tahun telah aku dilahirkan didunia ini, Dari tarikh hari ini hampir genap sebulan aku meninggalkan kampung halaman. Tinggalkan kampung bukannya kerana dapat pekerjaan yang lagi bagus tapi kerana gelora ombak yang berlaku dalam keluarga aku. Mungkin aku boleh dikategorikn sebagai anak derhaka tapi aku berhak utk bsuara demi kebahagiaan aku dan ibu. Wahai ketua keluarga mengapa semakin engkau berada di atas kau semakin lupa daratan ye? Mungkin kau boleh bangga kau bley usahakn perniagaan lebih 10 tahun..tapi kau kna ingt siapa yg support kau dlu..mase kau sakit sape tlg kau, mase ngh gawat spe yg support duit? Bkn isteri kau erk? Hbs tu knpa kerana sedikit kesalahan ketika kerja kemain kau emo n marah2?? Isteri kau tu bukannya wt salah besar pun hanya kslhn kecil saje..anak mana yg xmrh klu ibu dia kna mrh kaw2 krn kslhn kecil..kau punya mrh sampai kau kata kitaorg x tolong kau meniaga..hbs tu selama ini..siapa yg tlg? Mase ko sakit, anak mana yg balek kg tiap2 minggu utk tlg kedai kau? Mase kau xde pekerja di restoran anak mana yg sanggup gadaikan cita2nya utk tlg bapa dia?mse kau sakit bukan isteri kau yg tlg kt kdai? Jgn nk blagak la..aku xkn lupakn ayat kau mse mrh ibu"KEDAI NI BOLEH JALAN XDE KAU(IBU)"..pedas kot ayt tu..ape dosa isteri kau smpai kau kata gitu? Anak 'kesayangan' kau yg selama ini malukan nama kau dgn mcuru duit kau, curi buku akaun bank kau hgga staff bank telefon wt report psl anak kau tu, curi handfone kau, xnk pulak kau mrh kaw2 kn? Malahan di tatang lagi..belikn laptop, belikan moto baru..amboi..lebih tu..laptop aku dlu pakai wit pinjaman kot..moto aku dlu pun ada jugak gune wit aku mse beli sblm aku smbung blaja..so..ADIL KE? Org yg hanya wt keslhn kecil dihukum sperti pbunuh?maap la ayah klu malam tu aku kurg ajar..ksbrn aku da maximum..makin diam makin kau bsr kpla..psl adik kau msuk cmpur tu..sori la..bukn nk mgutuk..klu xthu citer jgn nk jd hero..kemain dia backup kau kn..n adik kau pna ckp "pasni kau nk anggp aku bukan saudara kau..tu kau punya hal"..n nie jwpan aku..mmg skrg aku anggp kau bukan saudara aku lagi..pasni mmg aku xkn tegur ko..n sama la ngn ayah..pasni anak kau nie xkn mgalah ngn kau lagi..selagi kau dgn ego kau tu..kau dgn hal kau..n aku ngn hal aku..bler aku blek kg..aku nk jenguk ibu je..bukan kau..aku lebih rela hdup susah sendiri dari hdup senang krn mkn budi org yg lupa daratan..ibu maapkn ank ibu ini..owg hapi dgn hidup skrg walaupun hidup kt cni susah..Bukan aku ingin memalukan tapi hanya ingin menjadikan kisah ini pengajaran untuk ahli keluarga yang lain..kpd org yg bgelar suami..pliz..adil di setiap perkara..

Saturday 29 October 2011

Aku Takut Mencintai Seseorang

Cinta Kepada Allah, Cinta Kepada Ibu Bapa dan Cinta Kepada Manusia. Dalam ketiga-tiga cinta yang disebut ini, aku paling takut cinta yang no 3. Bukannya aku tidak cinta pada sesama manusia malahan aku amat menyayangi orang yang baik dengan aku tapi takut aku ini adalah takut untuk mencintai seseorang yang dikasihi oleh hati. Adakah cinta ini seperti harimau yang jumpe manusia konfem dia akan baham, adakah cinta seperti buaya yang akan melemaskan mangsanya sehingga mati, adakah cinta itu seperti kilat yang akan menyambar.

Ini gara-gara tradegi ketika 1 syawal  pada tahun 2009. Orang lain semuanya gembira menyambut syawal dengan orang yang tersayang tetapi aku pula menyambut saat aku putus hubungan dengan cinta pertama aku. Jikalau tak sedih tipu la bagi seseorang itu inikan aku yang lemah ini. Betapa aku sayang akan dia, tapi saat itu yang aku dapat. Orang menangis pada pagi syawal kerana berjaya mengharungi bulan ramadhan aku pula menangis kerana kehilangan orang yang aku sayangi. Selepas saat itu, memang tertutup sinar cinta dalam hati ini dan selepas saat itu juga aku memandang serong terhadap kaum wanita. Jikalau kaum wanita ditinggalkan oleh lelaki, mesti mereka akan membenci kaum lelaki seperti aku membenci kaum wanita. 

Setelah sakit aku dapat, setelah luka yang aku dapat, setelah serpihan yang aku dapat, aku tidak lagi berani mencintai seseorang. Sebelum ini, dia yang mencari aku pun tinggalkan aku dengan bangganya, inikan aku yang ingin mencintai orang konfemlah kena tinggal jikalau aku tersalah langkah. Siapa yang rela disakiti lagi, aku tidak sanggup. Aku inginkan hati aku sentiasa bahagia, diri aku bahagia supaya aku dapat mengharungi dunia ini dengan baik dan berfikiran dengan waras. Janganlah kerana perkara kecil ini aku hilang pertimbangan. 

Tidak mengapalah, aku redha apa yang berlaku sebelum ini. Mungkin jodoh aku belum sampai ataupun belum masa aku dapat jodoh walaupun sedang mengusahakan. Berfikiran positif itu baik kan kawan-kawan. Kadang kala hati ini terpanggil nama beberapa orang wanita di sekeliling aku. Pandai gila hati ini memahat nama wanita-wanita tersebut tapi seperti biasalah aku akan menapis semua permintaan hati ini. Ramai juga yang terpahat di hati ini, memang tak terkira. Mana tidaknye, aku asyik menolak jerk. Sehinggakan orang hati minta sudah pun kawan sendiri miliki. Nak kata tersentap pun boleh la jugak tapi hendak dibuat bagaimana. Hanya boleh senyum dan tumpang gembira. Tak kesah la, berapa ramai pun hati memahat, aku tetap pegang prinsip dalam lagu inteam " Adanya Pertemuan, di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan, tak bertemu pengucapan". Aku akan pegang ayat ini untuk memujuk hati ini dan menyatakan pada hati, satu hari nanti kita akan jumpe seseorang itu tanpa perlu ayat-ayat manis.

Hati..Biarlah Cinta Kita Tersimpan..
Hati..Biarlah Kita Bahagia Melihat Lain Bahagia..
Hati..Biarlah Masa Melarikan Lafaz Cinta Kita..


Luluh hatiku yang sayu,
Menatap wajahmu tenang dalam lena,
Kasih zahirkan laku,
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya..


Betapa sukarnya menyusun bicara,
Meluahkan rasa menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kebisuan yang,
melindungkan kalimah rahsia..



MAAFKAN AKU HATI KERANA MEMBUAT ENGKAU MERANA SELAMA INI..

Tuesday 25 October 2011

KAU DALAM INGATAN KU

Tanggal 12.5.1985 lahir seorang hamba Allah yang diberi nama Faizul B Sukiman. Ia dibesarkan seperti orang lain, cukup sifatnya dari segi zahir dan batin. Selama dia yang ku kenal, dia seorang yang peramah, baik hati, tenang, pandai amik hati orang lain dan tidak ketinggalan sifat tegasnya(lumrah seorang lelaki). Dia juga suka melayan kanak-kanak yang berada di sekelilingnya termasuklah aku.

Apabila sebut sahaja nama angah(faizul), mesti saudara-mara akan teruja. Kenapa ye??? Seperti yang aku kata tadi, dia seorang peramah, semua saudara-maranya suka dengan kehadiran angah, dengan talatahnya, gurau sendanya dan macam-macam lah. Kami menganggap dia sebagai JAMBATAN SAUDARA. Bila ada angah, semua saudara mara akan bersatu, berkumpul dan dalam masa yang sama ikatan itu memanglah akrab. Jika ada apa-apa majlis saudara-mara, pasti akan meriah jika ada angah. Kemana saja saudara-saudara ingin pergi, mesti nak kena ada angah, tidak ada angah mesti pasti tidak cukup perasa.

Ketika aku kecil, aku selalu ada dengan angah ketika cuti sekolah, awal puasa dan hari raya. Memang ternyata dia JAMBATAN SAUDARA. Aku sayang angah hinggakan dia adalah salah seorang idola aku untuk aku jadikan sebagai ikutan dalam diri aku. Aku masih ingat ketika bercuti di rumah angah, dia selalu melayan aku dengan baik seperti adik dia sendiri. Apa yang angah main, semuanya dia akan kongsi dengan aku seperti main permainan video di komputer. Bila dia keluar jalan-jalan, pasti dia akan bawa aku bersama, pergi kedai ke, pergi lepak dengan kawan-kawan ke, pergi main badminton ke, sehinggakan balik kampung untuk beraya pun, aku ingin ikut angah, aku tidak mahu ikut ibu dan ayah. Begitu aku sayang akan angah, sehinggakan bila habis je aku bercuti dari rumah angah, pasti aku akan menangis.

Tetapi, hidup angah tak panjang. Pada 20.11.2002, angah menghembuskan nafasnya terakhir di hospital. Tarikh ini seminggu selepas aku melawat angah. Aku sempat ziarah dia, aku sempat berpuasa dengan angah, aku sempat berbuka puasa, aku sempat bersahur dengan angah. Aku sempat pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan angah. Sebelum angah pergi, ada juga aku dengar ada dimasukkan ke hospital. Hari-hari aku doakan supaya angah cepat sembuh. Ketika kami merancang ingin melawat angah, kami dapat berita dia telah pergi. Siapa yang tidak sedih apabila dengar orang yang dia sanjungi pergi untuk selamanya, sememangnya aku menangis. Ketika melawat jenazah angah di kampung, sebak hati aku dalam menahan tangisan di hadapan orang ramai. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih hati aku. Perkara yang aku paling sedih ketika itu, aku tidak berkesempatan nk kucup arwah angah untuk kali yang terakhir. Aku terlalu takut dan terlalu sedih untuk melepaskan angah.

Jika aku teringatkan arwah angah, pasti aku akan menangis..Arwah pernah berpesan pada aku seminggu sebelum angah pergi, "ami..bila ami besar, da ada awek, ami mesti syg dye taw, jgn kecewakn dye", "jgn lawan ckp ibu ngn ayah". Aku cuba pegang pesan arwah angah, aku akan cuba menjadi JAMBATAN SAUDARA yang baru. Sampai sekarang, aku masih menggunakan tandatangan yang di reka oleh arwah angah, dan kaklong. Dengan adanya tandatangan ini, aku akan sentiasa ingat arwah angah dalam hati aku.
Aku tahu,  "Allah lebih menyayangi angah", itu sebab Allah ambil angah.

TERIMA KASIH ANGAH ATAS KASIH SAYANG KAMU SELAMA INI..SEMOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH..AMIN

,




Monday 24 October 2011

A..A..A

Ape itu A..A..A???
Ia bmksud Aku..Aku..Aku..Slm pknln dari aku..Mulai tarikh ini, aku mula menguruskan blog aku sendiri. Sebelum nie pernah juga aku mengendalikan blog tp itu org lain punye. Nama di beri Nazmi dan tidak perlulah aku bagi nama panjang ye. Cukup la Sekadar itu. Aku harap, dengan adanya blog ini, aku dapat menulis mengenai apa sahaja yang terbuku dalam hati ini. Dengan kata lain, ini lah diari aku. Mungkin aku tidak berminat untuk menulis diari dalam sebuah buku tetapi aku suka untuk menaip dengan menggunakan komputer. Aku pun tidak tahu kenapa. Ini mungkin sebab doa mak ayah aku yang menginginkan anaknya ini ada sedikit kemahiran dalam bidang komputer ini. Tidak mengapalah,ini semua ketentuan dan kita hanya merancag tuhan yang menentukan.

 Kehidupan keluarga aku tidak la sekaya orang di Malaysia ini. Hanya cukup-cukup makan dan cukup untuk menampung kami 6 beranak sahaja. Dari dahulu sehinggalah sekarang, itulah prinsip yang diamalkan oleh ayah aku yang menginginkan keluarganya hanya dalam keadaan sederhana. Kalau terlalu kaya nanti kita akan lupa daratan dan terlalu taksub kepada dunia ini. Terima kasih ibu dan ayah kerana bersusah payah membesarkan aku. Walaupun mulut aku ini susah untuk menyatakan sayang kepada mereka, tapi aku akan sentiasa berada di sisi mereka tatkala mereka di dalam kesusahan. Itu sahaja tanda kasih sayang yang boleh aku tunjukkan kepada mereka. Aku harap mereka mengerti kerana aku hanya seorang insan yang lemah.

Cukup rasanya untuk pengenalan blog baru aku ini. InsyaAllah, aku akan tulis apa sahaja dan apa yang aku tulis semuanya akan berkaitan dengan diri aku, kehidupan aku, dan sebagainya. Mungkin aku akan selitkan serba sedikit beberapa information yang berguna untuk orang-orang yang sudi menjenguk blog aku ini. Kita ini kan khalifah bumi, kita berhak untuk menyampaikan perkara yang baik.