Tuesday, 25 October 2011

KAU DALAM INGATAN KU

Tanggal 12.5.1985 lahir seorang hamba Allah yang diberi nama Faizul B Sukiman. Ia dibesarkan seperti orang lain, cukup sifatnya dari segi zahir dan batin. Selama dia yang ku kenal, dia seorang yang peramah, baik hati, tenang, pandai amik hati orang lain dan tidak ketinggalan sifat tegasnya(lumrah seorang lelaki). Dia juga suka melayan kanak-kanak yang berada di sekelilingnya termasuklah aku.

Apabila sebut sahaja nama angah(faizul), mesti saudara-mara akan teruja. Kenapa ye??? Seperti yang aku kata tadi, dia seorang peramah, semua saudara-maranya suka dengan kehadiran angah, dengan talatahnya, gurau sendanya dan macam-macam lah. Kami menganggap dia sebagai JAMBATAN SAUDARA. Bila ada angah, semua saudara mara akan bersatu, berkumpul dan dalam masa yang sama ikatan itu memanglah akrab. Jika ada apa-apa majlis saudara-mara, pasti akan meriah jika ada angah. Kemana saja saudara-saudara ingin pergi, mesti nak kena ada angah, tidak ada angah mesti pasti tidak cukup perasa.

Ketika aku kecil, aku selalu ada dengan angah ketika cuti sekolah, awal puasa dan hari raya. Memang ternyata dia JAMBATAN SAUDARA. Aku sayang angah hinggakan dia adalah salah seorang idola aku untuk aku jadikan sebagai ikutan dalam diri aku. Aku masih ingat ketika bercuti di rumah angah, dia selalu melayan aku dengan baik seperti adik dia sendiri. Apa yang angah main, semuanya dia akan kongsi dengan aku seperti main permainan video di komputer. Bila dia keluar jalan-jalan, pasti dia akan bawa aku bersama, pergi kedai ke, pergi lepak dengan kawan-kawan ke, pergi main badminton ke, sehinggakan balik kampung untuk beraya pun, aku ingin ikut angah, aku tidak mahu ikut ibu dan ayah. Begitu aku sayang akan angah, sehinggakan bila habis je aku bercuti dari rumah angah, pasti aku akan menangis.

Tetapi, hidup angah tak panjang. Pada 20.11.2002, angah menghembuskan nafasnya terakhir di hospital. Tarikh ini seminggu selepas aku melawat angah. Aku sempat ziarah dia, aku sempat berpuasa dengan angah, aku sempat berbuka puasa, aku sempat bersahur dengan angah. Aku sempat pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan angah. Sebelum angah pergi, ada juga aku dengar ada dimasukkan ke hospital. Hari-hari aku doakan supaya angah cepat sembuh. Ketika kami merancang ingin melawat angah, kami dapat berita dia telah pergi. Siapa yang tidak sedih apabila dengar orang yang dia sanjungi pergi untuk selamanya, sememangnya aku menangis. Ketika melawat jenazah angah di kampung, sebak hati aku dalam menahan tangisan di hadapan orang ramai. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih hati aku. Perkara yang aku paling sedih ketika itu, aku tidak berkesempatan nk kucup arwah angah untuk kali yang terakhir. Aku terlalu takut dan terlalu sedih untuk melepaskan angah.

Jika aku teringatkan arwah angah, pasti aku akan menangis..Arwah pernah berpesan pada aku seminggu sebelum angah pergi, "ami..bila ami besar, da ada awek, ami mesti syg dye taw, jgn kecewakn dye", "jgn lawan ckp ibu ngn ayah". Aku cuba pegang pesan arwah angah, aku akan cuba menjadi JAMBATAN SAUDARA yang baru. Sampai sekarang, aku masih menggunakan tandatangan yang di reka oleh arwah angah, dan kaklong. Dengan adanya tandatangan ini, aku akan sentiasa ingat arwah angah dalam hati aku.
Aku tahu,  "Allah lebih menyayangi angah", itu sebab Allah ambil angah.

TERIMA KASIH ANGAH ATAS KASIH SAYANG KAMU SELAMA INI..SEMOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH..AMIN

,




No comments:

Post a Comment