Ini gara-gara tradegi ketika 1 syawal pada tahun 2009. Orang lain semuanya gembira menyambut syawal dengan orang yang tersayang tetapi aku pula menyambut saat aku putus hubungan dengan cinta pertama aku. Jikalau tak sedih tipu la bagi seseorang itu inikan aku yang lemah ini. Betapa aku sayang akan dia, tapi saat itu yang aku dapat. Orang menangis pada pagi syawal kerana berjaya mengharungi bulan ramadhan aku pula menangis kerana kehilangan orang yang aku sayangi. Selepas saat itu, memang tertutup sinar cinta dalam hati ini dan selepas saat itu juga aku memandang serong terhadap kaum wanita. Jikalau kaum wanita ditinggalkan oleh lelaki, mesti mereka akan membenci kaum lelaki seperti aku membenci kaum wanita.
Setelah sakit aku dapat, setelah luka yang aku dapat, setelah serpihan yang aku dapat, aku tidak lagi berani mencintai seseorang. Sebelum ini, dia yang mencari aku pun tinggalkan aku dengan bangganya, inikan aku yang ingin mencintai orang konfemlah kena tinggal jikalau aku tersalah langkah. Siapa yang rela disakiti lagi, aku tidak sanggup. Aku inginkan hati aku sentiasa bahagia, diri aku bahagia supaya aku dapat mengharungi dunia ini dengan baik dan berfikiran dengan waras. Janganlah kerana perkara kecil ini aku hilang pertimbangan.
Tidak mengapalah, aku redha apa yang berlaku sebelum ini. Mungkin jodoh aku belum sampai ataupun belum masa aku dapat jodoh walaupun sedang mengusahakan. Berfikiran positif itu baik kan kawan-kawan. Kadang kala hati ini terpanggil nama beberapa orang wanita di sekeliling aku. Pandai gila hati ini memahat nama wanita-wanita tersebut tapi seperti biasalah aku akan menapis semua permintaan hati ini. Ramai juga yang terpahat di hati ini, memang tak terkira. Mana tidaknye, aku asyik menolak jerk. Sehinggakan orang hati minta sudah pun kawan sendiri miliki. Nak kata tersentap pun boleh la jugak tapi hendak dibuat bagaimana. Hanya boleh senyum dan tumpang gembira. Tak kesah la, berapa ramai pun hati memahat, aku tetap pegang prinsip dalam lagu inteam " Adanya Pertemuan, di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan, tak bertemu pengucapan". Aku akan pegang ayat ini untuk memujuk hati ini dan menyatakan pada hati, satu hari nanti kita akan jumpe seseorang itu tanpa perlu ayat-ayat manis.
Hati..Biarlah Cinta Kita Tersimpan..
Hati..Biarlah Kita Bahagia Melihat Lain Bahagia..
Hati..Biarlah Masa Melarikan Lafaz Cinta Kita..
Luluh hatiku yang sayu,
Menatap wajahmu tenang dalam lena,
Kasih zahirkan laku,
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya..
Betapa sukarnya menyusun bicara,
Meluahkan rasa menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kebisuan yang,
melindungkan kalimah rahsia..
MAAFKAN AKU HATI KERANA MEMBUAT ENGKAU MERANA SELAMA INI..
Hati..Biarlah Cinta Kita Tersimpan..
Hati..Biarlah Kita Bahagia Melihat Lain Bahagia..
Hati..Biarlah Masa Melarikan Lafaz Cinta Kita..
Luluh hatiku yang sayu,
Menatap wajahmu tenang dalam lena,
Kasih zahirkan laku,
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya..
Betapa sukarnya menyusun bicara,
Meluahkan rasa menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kebisuan yang,
melindungkan kalimah rahsia..
MAAFKAN AKU HATI KERANA MEMBUAT ENGKAU MERANA SELAMA INI..
trime ksh follow sy... sy follow awk balik... senior... jangan takut untuk mencuba, kerana dengan cubaan mengubah segala benda
ReplyDeleteamboi, kemain jiwang yee
ReplyDeleteadushh..sjk ble ko jiwang nie??
ReplyDelete