Ape itu A..A..A???
Ia bmksud Aku..Aku..Aku..Slm pknln dari aku..Mulai tarikh ini, aku mula menguruskan blog aku sendiri. Sebelum nie pernah juga aku mengendalikan blog tp itu org lain punye. Nama di beri Nazmi dan tidak perlulah aku bagi nama panjang ye. Cukup la Sekadar itu. Aku harap, dengan adanya blog ini, aku dapat menulis mengenai apa sahaja yang terbuku dalam hati ini. Dengan kata lain, ini lah diari aku. Mungkin aku tidak berminat untuk menulis diari dalam sebuah buku tetapi aku suka untuk menaip dengan menggunakan komputer. Aku pun tidak tahu kenapa. Ini mungkin sebab doa mak ayah aku yang menginginkan anaknya ini ada sedikit kemahiran dalam bidang komputer ini. Tidak mengapalah,ini semua ketentuan dan kita hanya merancag tuhan yang menentukan.
Kehidupan keluarga aku tidak la sekaya orang di Malaysia ini. Hanya cukup-cukup makan dan cukup untuk menampung kami 6 beranak sahaja. Dari dahulu sehinggalah sekarang, itulah prinsip yang diamalkan oleh ayah aku yang menginginkan keluarganya hanya dalam keadaan sederhana. Kalau terlalu kaya nanti kita akan lupa daratan dan terlalu taksub kepada dunia ini. Terima kasih ibu dan ayah kerana bersusah payah membesarkan aku. Walaupun mulut aku ini susah untuk menyatakan sayang kepada mereka, tapi aku akan sentiasa berada di sisi mereka tatkala mereka di dalam kesusahan. Itu sahaja tanda kasih sayang yang boleh aku tunjukkan kepada mereka. Aku harap mereka mengerti kerana aku hanya seorang insan yang lemah.
Cukup rasanya untuk pengenalan blog baru aku ini. InsyaAllah, aku akan tulis apa sahaja dan apa yang aku tulis semuanya akan berkaitan dengan diri aku, kehidupan aku, dan sebagainya. Mungkin aku akan selitkan serba sedikit beberapa information yang berguna untuk orang-orang yang sudi menjenguk blog aku ini. Kita ini kan khalifah bumi, kita berhak untuk menyampaikan perkara yang baik.
Selamat Datang ke dunia blog :)
ReplyDeleteweii gamba zaman bile ni?
ReplyDeletekeh keh keh..
Cikgu Fikri:hehehe..tq
ReplyDeleteAnasyi: hahahaha..thun 2007 ^___^